Wednesday 29 May 2013

elemen 2



TAJUK:

PETANI
SENARAI KANDUNGAN


BIL
TAJUK
MUKA SURAT
1
TAJUK KAJIAN

2
ISI KANDUNGAN

3
PENGHARGAAN

4
OBJEKTIF KAJIAN

5
KAEDAH KAJIAN

6
HASIL KAJIAN

7
RUMUSAN

8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN





PENGHARGAAN


Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Agama (P) Kangar, Perlis, En. Ibrahim bin Man kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Sejarah saya iaitu En. Mat Ishak bin Aziz yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
        Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Amir bin Habsah dan Rohaya binti Sabu  kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
       Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya iaitu Ahmad Sayuti bin Saudi , Mohd Hakimi bin Mansor , Muhd Khairul Akmal bin Abu Samah dan Muhd Najmi bin Roseli . Akhirul kalam, ribuan terima kasih diucapkan kepada responden dan pihak yang telah menyumbang sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi kepada saya.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.



OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat melatih saya mengenal pasti sumber – sumber sejarah yang sahih dengan membuat kajian dengan betul dan jelas.
Dengan menjalani kajian ini, saya boleh menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang kegiatan penanaman padi di sini.
Semasa proses mengumpul maklumat tentang kerja kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan mengenai kegiatan penanaman padi dengan lebih lanjut.
Seterusnya, kajian ini telah memberikan pengalaman secara langsung seperti merekod, menganalisis dan mensintesis fakta sejarah yang tepat.
Akhir sekali, saya dapat mengetahui peranan serta tanggungjawab yang dijalankan oleh seorang petani.
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah–kaedah yang berikut:
a)      Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekitar kawasan kajian iaitu Bandar Jitra, untuk mengetahui konsep, jenis,kepentingan, masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah kegiatan ekonomi tradisional padi di sini.
b)       Temu Bual: Saya telah menebual seorang petani yang berpengalaman luas mengenai kegiatan ekonomi tradisional padi. Dengan ini, banyak ilmu pengetahuan tentang padi telah saya perolehi.
c)      Rujukan: Saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang pengangkutan awam yang berlaku di kawasan kajian.



KAEDAH KAJIAN
a)      Temu Ramah
Saya telah menggunakan kaedah temu ramah.Saya telah menemu ramah seorang petani, Encik Rashidi b. Baharom.Beliau berumur 36 tahun.Beliau berpengalaman luas mengenai kegiatan penanaman padi ini.Saya telah banyak mendapat pengetahuan daripada beliau.

b)     Melayari Internet
Saya turut melakukan kaedah melayari internet. Saya telah melayari laman web http://id.wikipedia.org/wiki/Padi laman web ini banyak menceritakan tentang kegiatan penanaman padi di Malaysia.

c)      Melawat ke Tempat Kajian
Saya juga telah menggunakan kaedah melawat ke tempat kajian.Saya telah melawat ke kawasan pertanian di Jalan Mawar 1, Taman Mawar, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman untuk menganalisis kegiatan penanaman padi sawah di kawasan kajian dengan lebil lanjut.











HASIL KAJIAN




1.0 Maklumat Asas
1.1 Nama Kegiatan Ekonomi
Jenis kegiatan ekonomi tradisional yang saya jalankan ialah penanaman padi sawah. Padi sawah atau padi bendang adalah padi yang paling banyak ditanam di negara ini. Padi ini ditanam disebabkan beras adalah makanan ruji masyarakat Malaysia. Oleh itu, kerajaan amat menggalakkan penanaman padi sawah.


1.2  Sejarah Kegiatan Ekonomi
Sejarah kegiatan ekonomi tradisional penanaman padi sawah bermula sejak zaman dahulu lagi.Penanaman padi sawah ini bermula deripada orang Thailand.Seterusnya, kegiatan ini diperkenalkan kepada negeri-negeri Melayu Utara, Selatan serta orang Minangkabau.Orang Pattani melakukan penanaman padi secara bergotong-royong.Mereka mengerjakannya sekali setahun akhir-akhir bulan.Mereka menggunakan kerbau sebagai jentera pembajakdan kudrat manusia.
Kegiatan ini berkembang dengan sistem pengairan pada abad ke – 19.Penanaman padi sawah ini ditanam di kawasan rendah yang mempunyai banyak air.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEha-OVGl-KUA-8n0HCOuYL6QekZv4pHp3hdXxk70bijJOdcaHU_PB8Kq5c5xcaAn9DKsTK7venaxX2k7H_qwqPX1s25QqhxnVUSAJ5E-vvc3G30c-DWjTXw5LXyQQvik6ecCz9Wzmag27M/s1600/IMG_4285.JPG


1.3  Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Permatang Gelam,02800 Sanglang Perlis..Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Simpang Empat. Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan asas  yang mencukupi contohnya bekalan air yang bersih. Selain itu, ramai penduduk di sini melakukan kegiatan penanaman padi sawah sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga mereka.

1.4 Pihak yang Mengusahakan
Pihak yang menguasahakan penanaman padi sawah yang telah saya kaji ialah Roshidi b. Baharom.Dia merupakan pengusaha padi secara individu.























2.0 Latar Belakang
2.1 Tujuan Dijalankan
Pengusaha padi menjalankan kegiatan ini bagi tujuan mendapatkan pendapatan.Encik Ishak mempunyai keluarga yang besar.Oleh itu, dia melakukan kegiatan ini sebagai mata pencarian. Selain itu, beliau akan membawa sedikit bekalan makanan untuk mengisi perut selepas penat bersawah. Beliau juga mendapat hasil yang agak lumayan.
2.2 Proses Perlaksanaan
MEMPROSES PADI

Padi yang dituai akan dijadikan beras untuk makanan rakyat Malaysia. Sebelum itu terdapat pelbagai proses yang dilalui untuk menghasilkan beras yang baik. Antara proses tersebut ialah :
·         Menuai
·         Membanting
·         Mengangin
·         Mengilang 
, jerami dan hampas diasingkan. Jenis mesin yang digunakan ialah gegaran.Peringkat kedua pula padi muda, hampa dan bahan-bahan asing seperti rumpai diasingkan secara automatik. 






Menuai
http://farm1.static.flickr.com/249/449423482_5273a809cb.jpg





http://srv.fotopages.com/2/20045366/Mesin-padi.jpg








       Terdapat dua cara yang dipraktikkan dalam kerja-kerja  menuai.Pertama mengggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas.Cara kedua menggunakan jentera jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis besar(100 kuasa kuda).Jentera ini hanya digunakan menerusi sistem usahasama.Sebelum proses menuai dilakukan, sawah padi akan dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan proses penuaian dilakukan.


Membanting


http://pb-i4.s3.amazonaws.com/photos7/24937-1235762580-3-l.jpg


        Membanting adalah cara tradisional.Berdasarkan teknologi kini kerja membanting tidak dilakukan lagi.Ini kerana proses menuai menggunakan jentera dan padi diasingkan dari tangkainya secara automatik.Semasa membanting terlebih dahulu tangkai padi akan diikat dan barulah dibanting ke dalam tong khas untuk mengasingkan padi daripada tangkainya.



Mengangin


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2Pr7rj7aUEAE8IaBlxMhhK9h6nR5_Gst4APyDLDgrjoAlfXoXccGs8TEIBGStmMpbIZkGrRkwmK18uYuT1gC1nkzJ1kiGYOzOl5RCYBL1OeVMiM9HvKO5cKJQFByo8FYwePz_7mF3iJPF/s1600/panen+padi+dianginkan.jpg


       Mengangin dilakukan supaya bijian dipisahkan daripada padi hampa.Selepas mengangin padi akan dijemur.Teknologi moden kini membersihkan padi dalam dua peringkat.Peringkat pertama dinamakan pembersihan lasat iaitu bahan-bahan  seperti batu-bat
Mengilang

       Tujuan mengilang adalah untuk mendapatkan beras daripada padi. Antara kaedah yang digunakan bagi memisahkan beras dan padi ialah melalui pemisah sekatan.Pemisah ini  mempunyai lataran yang disendengkan dan bersekatan.Penghasilan pengupasan padi bergantung kepada beberapa faktor.Antara faktor tersebut ialah kandungan air yang terdapat dalam padi dan kadar beras bersalut akan dimasukkan ke dalam pemisah sekatan.Beras akan digred mengikut kriteria tertentu dan dimasukkan ke dalam guni atau plastik untuk dijual.

















MEMPROSES PADI SECARA TRADISIONAL

Pengalaman menanam padi diperolehi daripada keluarga yang biasanya menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan.Oleh itulah mereka mempunyai kemahiran secara warisan.Setelah melalui pelbagai peringkat penanaman sehingga padi masak, kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan kaedah konvensional atau tradisional.Cara ini banyak dilakukan di kawasan taman yang jauh dari pekan. Cara ini sememangnya mengurangkan kos tetapi mengambil masa yang lambat untuk memproses padi menjadi beras.Antara beberapa peraturan yang terpaksa dilalui sebelum padi menjadi beras ialah :
·         Menjemur
·         Menumbuk
·         Menampi
·         Memilih












Menjemur

http://www.antarasumbar.com/id/foto/fotoutama/110611125432_padi_sumbar1.jpg
       
 Padi yang telah dituai dengan menggunakan tenaga akan dibanting untuk memisahkan antara tangkai dan padi.Kemudian proses pengasingan akan dilakukan dengan cara memilih tangkai atau rumput yang bercampur dengan padi.Cara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya dilakukan.Setelah itu padi akan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang. Di rumah padi akan dijemur di bawah pancaran matahari.Padi perlu dijemur hingga kering.Oleh itu pesawah perlu memastikan cuaca adalah baik.Jika hari hujan atau mendung, adalah lebih baik sekiranya padi tidak dijemur atau dibiarkan di dalam guni sahaja.Selain itu semasa kerja-kerja menjemur dilakukan, pesawah boleh membuang benda asing yang terdapat dalam timbunan padi.Ini adalah untuk memastikan padi cepat kering dan terhindar daripada benda asing. 

Menumbuk


http://v-images2.antarafoto.com/gec/1271230204/lomba-menumbuk-padi-04.jpg

    
    Menumbuk merupakan tugas yang paling sukar.Padi yang telah kering akan ditumbuk menggunakan lesung.Terdapat dua jenis lesung iaitu lesung kaki dan tangan.Lesung kaki telah diubahsuai bentuknya untuk memudahkan pesawah menggunakan kaki untuk menumbuk padi.
Lesung kaki mempunyai antan yang pendek dan kemudian disambung dengan menggunakan sebatang kayu yang besar secara melintang.Hujung kayu antan mempunyai satu bentuk injakan yang memudahkan kaki memijak injakan tersebut.Pesawah akan memijak kayu injak dan antan akan terangkat. Apabila kaki dilepaskan, antan akan jatuh dan menumbuk ibu lesung.Langkah ini lebih mudah kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak.Lesung ini boleh didapati di kawasan taman. Namun begitu lesung ini kurang popular.Lesung tangan pula adalah lesung yang paling kerap digunakan.Lesung yang terdiri daripada lesung anak dan ibu yang diperbuat daripada kayu.Namun begitu lesung tangan mempunyai lesung anak yang berat dan panjang. Semakin berat anak lesung semakin baik tumbukan lesung tersebut.Padi yang telah kering akan ditumbuk dengan kedua lesung ini.Tumbukan akan menyebabkan isi padi terkeluar dan membentuk beras.Pesawah akan lakukan kerja-kerja menumbuk tersebut sehingga selesai.Adalah diingatkan padi yang hendak ditumbuk perlu kering. Jika terdapat kelembapan, padi akan hancur bersama sekam dan padi tersebut tidak boleh dimakan.

Menampi


http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/13158/IMG_7245.jpg


       Setelah kerja-kerja menumbuk dilakukan,proses seterusnya ialah menampi. Proses ini memerlukan kemahiran menampi untuk mengelakkan padi terbuang semasa proses tersebut dilakukan.Lazimnya menampi dilakukan oleh kaum wanita.Padi yang telah ditumbuk akan dimasukkan ke dalam alat menampi.Alat menampi diperbuat daripada anyaman buluh atau mengkuang. Alat menampi terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada bulat, segi tiga atau bujur.
Padi akan diletakkan ke atas penampi.Kemudian penampi itu akan ditampi dengan cara melambungkan padi. Cara ini dilakukan acap kali sehingga sekam melayang ke atas dan seterusnya keluar dari alat penampi itu.Pada proses ini beras dapat dihasilkan walaupun terdapat habuk-habuk kecil yang masih bercampur dengan padi.Dengan beberapa lambungan, habuk kecil akan terkumpul di hujung penampi. Kemudian habuk tersebut boleh ditiup sahaja untuk menyingkirkan daripada beras.

Memilih

       Beras yang telah ditampi akan menjalani proses pemilihan. Padi yang tidak hancur akan diasing daripada padi yang hancur.Pemilihan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Oleh itu mereka perlu cekap untuk memilih padi yang belum menjadi beras.Pengasingan ini dilakukan untuk menentukan gred.Beras yang tidak hancur mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding beras yang hancur.Namun begitu ada pesawah yang tidak mengasingkan beras dan dicampur sekali.Padi ini dinamakan padi kampung.




2.3 Peralatan yang Digunakan
Banyak peralatan yang digunakan oleh pengusaha padi ini ketika bekerja di sawahnya. Beliau menggunakan peralatan dan jentera moden untuk memudahkan kerjanya di sawah. Encik Roshidi menggunakan kobota, mesin menuai, pam racun dan jentera ketika bekerja.
2.4 Produk yang Dihasilkan
Saya mengkaji pelbagai barang daripada padi yang mampu dihasilkan. Antara barangan daripada padi ialah beras iaitu nasi, bubur nasi, tepung, bijirin sarapan, emping dan lain – lain. Seterusnya, padi juga dapat menghasilkan kuih muih tradisional dan moden, pasta tapai pulut, kanji, ubat ubatan, sekam, jerami dan sebagainya. Dengan ini, kegiatan ini menunjukkan bahawa banyak produk yang dapat dihasilkan daripada padi. Ia juga dapat memberi keuntungan kepada petani.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi85k8yl8Hr_bMoHPzEffeY2Q59lNKjTrozkVPYOGhDunKxabpcq-citg45psgoA9VNrICXJ2jOJLyr-lbjmMwS2BGkelcMF9PQ5BMug-9JJnSTSqggZDoZOQRTHjpzc8KXgBkWUmf1YHWX/s320/rambutantss.jpg
3.0 Sumbangan / Pengaruh kepada Keluarga atau Masyarakat
3.1 Sumber Pendapatan
Pengusaha padi yang telah saya kaji mengerjakan penanaman padi sawah demi menyara hidup keluarga beliau. Penanaman padi sawah ini merupakan sumber pendapatan yang utama bagi Encik Ishak. Pendapatannya agak lumayan bagi seorang petani.
3.2 Penerusan Tradisi Keluarga
EncikIshak juga menjalankan kegiatan ini untuk meneruskan tradisi keluarga beliau untuk menjadi seorang petani yang berjaya. Semestinya petani tidak mahu kegiatan ini ditelan zaman. Lazimnya, generasi muda sukar untuk bersawah. Bagi mereka kerjaya bersawah hanya sesuai untuk golongan tua. Tambahan pula, harga padi yang tidak pernah meningkat dan hampir sebahagian besar pesawah masih hidup dalam kemiskinan.
  3.3 Hubungan Kemasyarakatan
Encik Ishak mempunyai hubungan yang erat bersama – sama pendudukKampung Permatang Gelam. Oleh itu, hubungan kemasyarakatan di antara pengusaha padi ini dengan masyarakat yang lain baik sekali. Pesawah padi ini, kadang kala menerima bantuan daripada penduduk Kampung Permatang Gelam apabila beliau mengalami kesusahan di sawah.
3.4 Peluang Pekerjaan
Kegiatan penanaman padi sawah ini, memerlukan banyak tenaga kerja. Oleh itu, kegiatan ini menyediakan peluang pekerjaan. Masyarakat Malaysia semestinya mencari pekerjaan yang sesuai dan mudah untuk diri mereka. Contohnya, petani memerlukan pemandu jentera, mesin menuai padi untuk menuai padi yang telah kekuningan.
4.0 Prospek
4.1 Cabaran yang Dihadapi
Pelbagai dugaan yang sering dihadapi oleh seseorang pesawah padi. Cabaran yang sering melanda Encik Ishak ialah siput gondang yang merosakkan sawah – sawah beliau. Tikus juga membawa kesan buruk kepada Encik Ishak apabila tikus – tikus itu makan hasil – hasil Encik Ishak. Selain itu, pesawah padi turut mengalami masalah dengan berlakunya kecurian baja. Hal ini menyebabkan para petani mengalami kerugian apabila mereka mesti membeli baja yang lain.
4.2 Pengelibatan Pihak Luar
Pengelibatan pihak luar yang telah membantu pihak pengusaha padi sawah ialah kerajaan. Kerajaan cuba mengutamakan sektor ini sejajar dengan perkembangan sektor lain. Di samping itu, kerajaan cuba memaksimumkan penggunaan sumber – sumber pertanian untuk meningkatkan integrasi sektor pertanian dengan sector yang lain. Menyedari hal ini kerajaan telah menubuhkan pelbagai jabatan bagi menyokong pertumbuhan sector pertanian di Negara ini. Antara jabatan – jabatan yang berada di bawah Kementerian Pertanian ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu. Kerajaan juga telah memberi subsidi kepada pengusaha – pengusaha padi sawah untuk meringankan beban. Selain itu, peladang turut menolong petani dengan member jentera – jentera kepada mereka.





4.3 Reaksi Masyarakat
Ketika petani atau lebih dikenali sebagai Encik Roshidi mengusahakan sawah padinya, ramai penduduk kampong memberi respon yang baik dan mengharapkan agar kegiatan ini dapat diteruskan olehnya kerana ia dapat berbakti kepada mereka. Masyarakat di sini menyokong pesawah padi dengan memberi kerjasama ketika bekerja dan mereka memberi kata – kata semangat kepada beliau. Selain itu, masyarakat di sini menyokong pesawah padi ini dengan member layanan yang baik.
4.4 Saranan dan Harapan
Petani di tempat kajian yang telah saya kaji berharap agar kegiatan ekonomi tradisional ini diteruskan hingga masa hadapan. Pengusaha padi ini juga memberi harapan yang sangat besar kepada generasi muda kini untuk meneruskan kegiatan ini agar tidak lupus ditelan zaman.



RUMUSAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, saya dapat selesaikan kerja kursus Sejarah dengan sempurna dan lengkap. Saya telah diberikan tempoh selama dua bulan untuk menyiapkan folio ini.Melalui kajian ini, saya dapat berkenal – kenalan dan merapatkan lagi silaturrahim dengan responden yang memberi kerjasama yang berkualiti.
Kegiatan ekonomi tradisional padi ini sememangnya merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang amat berguna dalam kalangan masyarakat. Kepentingan kegiatan ekonomi tradisional ini perlu dijaga supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada pengguna. Sebagai contoh, sistem perparitan yang lancar tanpa gangguan seperti tersumbat. Di samping itu, kegiatan ekonomi tradisional perlu dipupuk kepada generasi ini supaya ekonomi tradisional ini tidak akan dilupakan. Hal ini, juga memberi manfaat kepada masyarakat contohnya hasil kegiatan ini adalah beras. Nasi adalah makanan utama dalam kalangan masyarakat  di Malaysia.







LAMPIRAN



RUJUKAN


*      Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
·         Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Mohd. Fo’ad b Sakdan, Azami b Man
·         Dewan Bahasa dan Pustaka.
*      Internet
*      Melawat tempat kajian

·         (alamat kampung yang kamu lawat)

No comments:

Post a Comment